
TEU @ Tabung Enjoy UPSR/Ujian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hujung minggu lepas, masa slot tuisyen bersama Saadi, saya tengok buku latihan yg saya belikan banyak yg kosong lagi. Homework yg saya bagi pun tak sempat dibuatnya...
Tetiba muncul idea macam mana nak bagi Saadi bersemangat nak buat latihtubi
😍
Saya gunakan kaedah TEU ciptaan HT Amir dalam group sokongan ibu bapa KIBAD03 ketika anak2 kami nak ambil UPSR 2015 dulu...
Caranya begini...ini salah satu teknik 'reward' namanya. Selepas anak2 berjaya menyiapkan 1 set soalan, mereka akan diberi RM1 untuk disimpan dalam tabung/botol plastik.
Tujuannya adalah untuk "push" budak2 ni untuk buat sebanyak mungkin set latihan...teringat masa tu anak saya dapat kumpul RM600 lebih.
😂
Bila saya terangkan kaedah ni kepada Saadi, bersinar2 matanya
😍 terus dia ke dapur mencari botol plastik kosong
😂
Punyalaaahh semangat...
Punyalaaahh semangat...
Selesai je dia menjawab 1 set soalan Sains, saya merasmikan 'reward' yg pertama ~ RM1..Punyalah dia happy...tapi lepas ni, sila deal dengan mama ye, bukan cikgu tau
😉
Syukurlah mamanya setuju untuk guna kaedah reward TEU ni..
Katakanlah target Saadi untuk Final Exam ni nak dapat 4A 2B. Jika dia berjaya, semua duit dalam tabung tu dia yg punya... tapi jika sebaliknya, kesemua duit tu akan dibahagi sama rata dengan kesemua 4 orang adik2nya
😅
😂
Terus berubah air muka Saadi
😂
😂 Apa kes nak share duit2 hasil titik peluh dia dengan adik2 ye...
Jadinya, kalau tak nak share dengan adik2, belajarlah sungguh2
😉 Buktikan yg Saadi boleh capai target dalam Final Exam nanti...
p/s: TEU ni bukan nak didik anak2 untuk dapat balasan duit untuk menuntut ilmu ye...tapi lebih kepada nak galakkan mereka buat sebanyak mungkin latihtubi...lama2 nanti bila anak2 dah terbiasa membuat latihtubi, mereka akan terus konsisten sampai bila2...insyaAllah...TEU ni cuma nadi penggerak je untuk cipta momentum tu...

No comments:
Post a Comment