Bagaimana menjadi seorang TIP yang best?
TIP ialah singkatan untuk Tutor Idaman Pelajar.
Hakikatnya ramai yang nak jadi tutor tapi kadang-kadang kita tak tahu cara nak tackle student ni.
Maklumlah, jadi tutor ni berhadapan dengan 1001 karenah student.
Ada yang sentiasa semangat je, ada yang lemau je setiap kelas (kelas tanpa rela grrr)
Ada yang semangat turun naik based on daily routine or daily life activities
Jadi apa nak buat untuk kita sendiri kekal semangat dan paling penting pelajar sentiasa tak sabar nak jumpa buat kelas ?
Antara tips yang saya nak kongsikan
1. Sentiasa mulakan dengan “sembang2” dulu. Sekejap pun takpe.
Contoh: Cane hari ni sekolah. Okay tak? Dah makan? Homework dah siap?
2. Bawa bahan atau alat bantu mengajar selain buku.
Contoh: Bawa apa2 bahan yang mudah didapati di rumah atau toys ke education kits yang sesuai yang boleh tarik minat pelajar. Kat IKEA, Mr.DIY, lazada ada banyak jual.
3. Jangan baca je ayat dari buku.
Contoh: Kalau subjek Biologi, ambil kertas A4 kosong, lukis gambarajah, peta minda atau lakarkan secara kasar tentang topik yang kita bincang hari tu. Untuk part ni, tutor kena prepare awal2 unless you dah familiar with that particular topic @ subject.

4. Sediakan video yang berkaitan dengan topik hari ini.
Contoh: Topik Pencernaan. Google tentang animasi bab pencernaan, download di youtube kemudian tunjukkan pada pelajar. Mostly banyak in English, jadi jika pelajar tak faham, pastikan kita boleh terangkan semasa video dipasang.

5. Peka pada reaksi pelajar.
Contoh: Lepas beberapa minit mengajar, Nampak macam pelajar hilang focus. So , apa nak buat? Jangan teruskan. Stop sekejap. Cuba buat soalan atau tunjuk video yang dah prepare tadi. Kalau pelajar saya mengantuk, saya terus tanya “ Nak cikgu lempang ke awak nak pergi basuh muka?
Hahahaha….Ganas tak? Sebenarnya saja je. bila saya cakap macam tu, kebanyakannya terkejut then terus hilang mengantuk dieorang hahaha

6. Sekali-sekala buat aktiviti yang menyeronokkan.
Contoh: Kalau subjek English, kita boleh ajak pelajar prepare sandwich. Kita sediakan satu senarai bahan-bahan, dan langkah-langkah penyediaan. Print out siap2. Jadi mereka boleh belajar vocab atau perbendaharaan kata yang berkaitan dengan cara-cara buat sandwich. Bestkan. Nampak simple bagi kita tapi hakikatnya mereka seronok sebab dapat belajar macam2 dari situ.
*Psst Jangan lupa pesan kat pelajar, lepas ni cuba buat untuk menu lain pula bersama ibubapa.
7. Kawal emosi dan situasi dengan baik .
Simple tapi kadang-kadang susah nak buat.
Simple tapi kadang-kadang susah nak buat.
Ada yang lepas terang banyak kali tapi masih tak faham lagi. Sampai satu tahap kita rasa macam ishhh fed up nya ! Sabar, sabar..
Apa nak buat? Cuba alih ke soalan lain atau topik lain jap. Pastu nanti pergi balik ke topik yang tak faham sangat tadi. Sebenarnya kadang2 boleh jadi mereka penat lalu hilang focus. Yelah. Mana taknye, sekolah dari pagi then balik terus sambung tuisyen. So, take 5 kemudian sambung semula.
8. Pastikan ada komunikasi dua hala.
Sebaiknya jika kelas 2 jam, 1 jam pelajar cakap + 1 jam tutor.
Sebaiknya jika kelas 2 jam, 1 jam pelajar cakap + 1 jam tutor.
Copp ! 1 jam? Takpe ke? Yes takpe. Seperti yang kita tahu, tujuan tutoring adalah untuk tambah kefahaman pelajar. So, kalau nak tahu mereka faham ke tak, suruh mereka terangkan semula pada kita seolah-olah kita ni tak tahu apa2 dan sedang belajar dari dia.
Okaylah. Semoga bermanfaat
Selamat menyebarkan ilmu. Niat ikhlas kerana Allah SWT. Pasti dipermudahkan . InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment