Tuesday, 29 March 2016

Kisah Cikgu Nabilah Membantu Pelajar Tuisyennya Yang Corot Menjadi Cemerlang Sekaligus Membantu Menaikkan Semangat Cikgu Nabilah Sendiri



Dipetik dari FB Nabilah Shahairi

Sejujurnya selama 2 tahun lebih ajar tuisyen, banyak kali rasa nak give up. nak benti mengajar.

Ada parents yg berhentikan kelas lepas 2 bulan.
Ada kelas tuisyen dari 12 org tggal 5 org.
Masa benda-benda ni berlaku rasa tak layak sgt jadi cikgu.

Tapi hari ni dapat berita yg sangat gembira.
Student ni dari markah 29% tahun lepas dapat 88% ujian baru ni.
Mak dia, cikgu sekolah dia, dia sendiri pun terkejut dapat result ni.

Cikgu sekolah pernah perlekehkan dia sebelum ni, awak bayar home tuition mahal mahal tapi awak mcm tak paham apa apa je.

Akhirnya dia buktikan dia mampu.
Markah ke-3 tinggi dalam kelas dan markah tertinggi utk pelajar melayu.

Tahniah Hamzi.
Terima kasih sebab menaikkan semangat cikgu.

Moga kita boleh sama sama usaha utk menambah baik prestasi ni sampai SPM nanti.

‪#‎prinsipperakaunan‬

Selamat datang ke Blog Kisah Amalan Terbaik Tutor Seluruh Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua

SELAMAT DATANG ke Blog Himpunan Kisah Amalan Terbaik Tutors Seantero Malaysia!

Sepertimana tajuk blog, itulah tujuan blog ini iaitu untuk MENGANGKAT atau MEMARTABATKAN para tutor yang ada di Malaysia dengan cara menghimpunkan kisah-kisah BEST PRACTICE mereka.

Secara definisinya, Amalan Terbaik atau Best Practice dalam BI bermaksud "a method or technique that has consistently shown results superior to those achieved with other means, and that is used as a benchmark." ~ Wikipedia

Jadi ada beberapa Kata Kunci atau Elemen dalam definisi tersebut:
1) TEKNIK
2) BERKESAN
3) LEBIH BAIK
4) PENANDA ARAS

Maka setiap kali saya memilih tutor dan kisah amalan terbaik mereka untuk dipaparkan di blog ini, kesemua atau beberapa atau salah satu elemen tersebut perlu ada dalam kisah tersebut.

Sekiranya anda berpendapat bahawa kisah anda layak untuk dipaparkan di blog ini, sila PM saya di WhatsApp 011-2882 0890 untuk saya tunaikan hajat anda tersebut.

Atau sekiranya anda kenal mana-mana tutor yang anda rasa layak untuk dikongsikan kisah mereka di sini, sila tinggalkan link tentang posting mereka di ruangan komen di bawah ini untuk saya baca dan mungkin hubungi mereka.

Itu sahaja untuk coretan pertama ini.

Semoga usaha ini bermanfaat untuk semua pihak yang terlibat dalam usaha seseorang tutor iaitu tutor itu sendiri, para pelajar, ibu bapa, dan sesiapa sahaja yang ada kepentingan atau minat dalam kerjaya tutor.

Wassalam.




Penulis
30.3.16