Wednesday, 1 June 2016

Kisah Home Tutor Yang Bermula Biz Tutoring Dengan Modal Serendah RM100 Sahaja



Dipetik dari FB  Nur Ayuni Shamsul Bahri
[ MULAKAN DGN APA YG ADA ]


Modal sy pada permulaan pembukaan CERDIK HT hanya sekitar RM70-RM100 (buku,duit minyak,pndaftaran SSM)

Masa itu, sayalah tutor, sayalah pengurus,sayalah akauntan dan saya jugalah owner. Hehe
Tahap busy jangan ditanya..hehe.Memang sangat.
Tapi sbb kt nak experience, so memang kena start dahulu, sakit dahulu,susah dahulu... :)

Waktu tue nak p belajar marketing pun x berapa ada duit...
What i do?
Saya copy and simpan semua nota2 marketing yg banyak kt FB, BLOG, WEB..banyak free....
Simpan ,baca dan praktikkan...
Baca n praktik..
Baca n praktik..
Sampai nampak MACAM JADI.. :)
Ada 2/3 org parents minta CERDIK ajar anak mrk..
Masa tue Allah je tahu perasaannya..bila ibubapa percaya kt..

Allah.
Nikmat....
Syukur pada Allah atas apa yg ada dan belum ada..

Saturday, 23 April 2016

Kisah Tutor Hafizi yang Menghidupkan SEMANGAT dalam Diri Pelajar Sebelum Mula Mengajar

Gambar Hiasan (ini bukan pelajar dalam artikel)
Dari FB Tutor Mohd Hafizi

MUKA LANGGAR DINDING
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Malam tu bermula kelas sekumpulan pelajar matematik moden tingkatan 5 dengan saya..kelas akan bermula pada jam 9 malam..saya perhatikan seorang demi seorang pelajar masuk..
Setelah penuh pelajar,saya pun masuk untuk memulakan sesi pembelajaran..Seperti biasa rutin sebelum belajar, pelajar akan baca doa..saya mula tersenyum bila melihat masing2 hanya bacakan doa sendiri tanpa berjemaah..something is wrong dengan kumpulan pelajar ini..
Selesai sahaja bacaan doa, saya terus menutup buku matematik..kelas sunyi sepi,pelajar kelas ini tiada JIWA,SEMANGATNYA HILANG,AURA POSITIF TIADA, YANG ADA CUMA MUKA STRESS,MUKA LANGGAR DINDING, mana mungkin saya dapat teruskan sesi pembelajaran, saya perlu betulkan situasi ini..
Saya mula berbual dengan student, rata2 semua student cakap," cikgu fizi ,kami nak A, kami nak A,kami kena belajar" saya tersenyum.
Saya mula berkongsi resepi untuk jadi pelajar cemerlang dan hakikat kehidupan selepas belajar,saya mula hidupkan kembali JIWA dalam kelas, pelajar mula tersenyum lebar, baru lah keceriaan muncul,xnampak lagi MUKA LANGGAR DINDING..
Sesi pembelajaran bermula,saya habiskan tajuk bearing dalam masa 1/2 jam shj.."Cikgu dh habis ke?" Ya dah habis jawab saya.."giler cikgu senang giler n best", memang la giler sebab dpt cikgu giler mcm saya and sometimes we need to be "giler" sikit..
Ank2 cikgu,dengan stress melampau tidak akn hasilkan apa2,study smart not hard, formula tawakal cikgu praktiskan..
Apa ye FORMULA TAWAKKAL? Ada yg nk tau tak SAY WOHOOOO!!!!!
Tapi sebelum tu,nk tanya pandangan sahabat2,apa ye DEFINISI KEJAYAAN BAGI SAHABAT2?? Cer komen sikit..

Tuesday, 19 April 2016

Kisah Tutor Berpengalaman Mencari Tutor Lain Untuk Digilap Menjadi Permata


Hanya Jauhari Mengenal Manikam

Tepat sungguh peribahasa tersebut dengan Tutor Berpengalaman ini. Umur beliau masih muda, tapi pengalaman sudah banyak.

Ini dapat saya lihat daripada Observation Capability yang beliau tunjukkan dalam posting beliau ini, yang saya cedok terus dari FB beliau, dengan kebenaran.

Selamat membaca......


Dari FB Fahmi Salehuddin 
penguin emoticon
Tajuk Posting: Business Mencari Tutor
===============================
penguin emoticon
Ada beberapa kategori tutor yang perlu kita ketahui
1. Pelajar Universiti (my favourite)
like emoticon Bertenaga, boleh jaga kawasan yang luas, rajin
👉 Kurang pengalaman, diragui kebolehannya oleh ibubapa
heart emoticon Solusi: beri latihan & mock teaching
2. Profesional (also my favourite)
like emoticon Berpengetahuan, rajin, boleh jaga dua kawasan yang berbeza (tempat kerja dan kawasan rumah)
👉 Masa terhad. Sibuk.
heart emoticon Solusi: elakkan beri kelas yang banyak, beri bonus jika kelas penuh
3. Guru sekolah (okay i love them all)
like emoticon Sangat berpengetahuan, teknik mengajar yang diakui. Diminati ramai ibubapa
👉 Tidak berminat menjadi tutor. Tapi berminat untuk jadi klien. (Yeke?! Ya betul!). Elaun mahal (sesuai dengan kepakaran)
heart emoticon Solusi: Berbaik dengan mereka. Mereka mungkin mendatangkan lebih banyak klien dari bunting anda.
**Saya akui maklumat diatas tidak 100% tepat. Saya hanya kongsikan berdasarkan pemerhatian dan kajian saya sendiri. Jangan gunakan data ini untuk membuat sebarang keputusan besar seperti hidup dan mati. Maklumat ini hanya mencukupi untuk pembaca mendapat idea umum tentang kategori tutor sahaja.
Terima Kasih,
Love,
Fahmi Salehuddin,
Daftar sebagai tutor di link dibawah
http://goo.gl/forms/nPMD4M0XIn

Tuesday, 29 March 2016

Kisah Cikgu Nabilah Membantu Pelajar Tuisyennya Yang Corot Menjadi Cemerlang Sekaligus Membantu Menaikkan Semangat Cikgu Nabilah Sendiri



Dipetik dari FB Nabilah Shahairi

Sejujurnya selama 2 tahun lebih ajar tuisyen, banyak kali rasa nak give up. nak benti mengajar.

Ada parents yg berhentikan kelas lepas 2 bulan.
Ada kelas tuisyen dari 12 org tggal 5 org.
Masa benda-benda ni berlaku rasa tak layak sgt jadi cikgu.

Tapi hari ni dapat berita yg sangat gembira.
Student ni dari markah 29% tahun lepas dapat 88% ujian baru ni.
Mak dia, cikgu sekolah dia, dia sendiri pun terkejut dapat result ni.

Cikgu sekolah pernah perlekehkan dia sebelum ni, awak bayar home tuition mahal mahal tapi awak mcm tak paham apa apa je.

Akhirnya dia buktikan dia mampu.
Markah ke-3 tinggi dalam kelas dan markah tertinggi utk pelajar melayu.

Tahniah Hamzi.
Terima kasih sebab menaikkan semangat cikgu.

Moga kita boleh sama sama usaha utk menambah baik prestasi ni sampai SPM nanti.

‪#‎prinsipperakaunan‬

Selamat datang ke Blog Kisah Amalan Terbaik Tutor Seluruh Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua

SELAMAT DATANG ke Blog Himpunan Kisah Amalan Terbaik Tutors Seantero Malaysia!

Sepertimana tajuk blog, itulah tujuan blog ini iaitu untuk MENGANGKAT atau MEMARTABATKAN para tutor yang ada di Malaysia dengan cara menghimpunkan kisah-kisah BEST PRACTICE mereka.

Secara definisinya, Amalan Terbaik atau Best Practice dalam BI bermaksud "a method or technique that has consistently shown results superior to those achieved with other means, and that is used as a benchmark." ~ Wikipedia

Jadi ada beberapa Kata Kunci atau Elemen dalam definisi tersebut:
1) TEKNIK
2) BERKESAN
3) LEBIH BAIK
4) PENANDA ARAS

Maka setiap kali saya memilih tutor dan kisah amalan terbaik mereka untuk dipaparkan di blog ini, kesemua atau beberapa atau salah satu elemen tersebut perlu ada dalam kisah tersebut.

Sekiranya anda berpendapat bahawa kisah anda layak untuk dipaparkan di blog ini, sila PM saya di WhatsApp 011-2882 0890 untuk saya tunaikan hajat anda tersebut.

Atau sekiranya anda kenal mana-mana tutor yang anda rasa layak untuk dikongsikan kisah mereka di sini, sila tinggalkan link tentang posting mereka di ruangan komen di bawah ini untuk saya baca dan mungkin hubungi mereka.

Itu sahaja untuk coretan pertama ini.

Semoga usaha ini bermanfaat untuk semua pihak yang terlibat dalam usaha seseorang tutor iaitu tutor itu sendiri, para pelajar, ibu bapa, dan sesiapa sahaja yang ada kepentingan atau minat dalam kerjaya tutor.

Wassalam.




Penulis
30.3.16